Assalamualaikum semua.......
Mungkin ada di antara anda tertanya tanya apakah jenis rawatan yang dimaksudkan ini...? Inilah rawatan Annusyrah....iaitu rawatan Menggunakan ayat suci al Quran yang di tulis di atas pinggan putih bersama tinta zafaran dan di larutkan dengan air zam zam..
Rawatan ini di asaskan oleh Tn Hj Abdullah Md Yusof yang merupakan soerang guru bahasa Arab.Beliau merupakan pelajar jurusan Bidang Pengajaran Bahasa Arab Untuk Bukan Arab di King Saud University, Riyadh, Arab Saudi.
Usaha beliau untuk menubuhkan kelas bahasa Arab di Malaysia memerlukan beliau byk wang utk merealisasikan hasrat beliau.Namun begitu beliau memerlukan dana yang mencukupi untuk merealisasikannya. Oleh yang demikian beliau berusaha mencari jalan dan terjumpa satu kaedah rawatan yang telah dijalankan sejak zaman Rasullulah SAW iaitu Kaedah Rawatan Pinggan Putih. Beliau telah merujuk kepada ramai Ulama dan Mufti berhubung kaedah ini. Semua memberi tanda persetujuan agar Tn Hj. Abdullah meneruskan usaha ini
Tn. Hj. Abdullah telah membuat ikatan janji dengan satu pihak untuk berikhtiar memasarkan produk keluaran beliau dengan syarat setiap botol yang dijual, peruntukan sebanyak RM0.50 hendaklah diserahkan kepada beliau sebagai dana untuk tabung bahasa Arab yang dinamakan Tabung Al-Quran. Malangnya perjanjian ini gagal dan Tn Hj. Abdullah telah keluar dari ikatan janji tersebut dan menubuhkan syarikat sendiri. Tn. Hj. Abdullah telah terjumpa dalam sebuah kitab lama yang mendefinisikan Kaedah Rawatan Pinggan Putih ini sebagai Anusyrah. Maka beliau lantas menukar nama syarikat kepada Annusyrah (Malaysia) Sdn. Bhd., dengan keluaran produk hanya berjenamakan Air Annusyrah. Dalam tempoh satu tahun beliau berusaha memasarkan Air Annusyrah dengan bantuan.ejen-ejen di merata tempat dari Utara hinggalah ke Selatan, beliau mengakui begitu puas dan bersyukur dengan apa yang diperolehinya. Dalam tempoh tersebut beliau pernah mendapat untung bersih hingga mencapai RM30,000 sebulan. Dari pendapatan itulah beliau agihkan bagi menggerakkan kelas Bahasa Arab. Beliau tetap mengutamakan janjinya untuk menjalankan program kelas Bahasa Al-Quran/ Arab (kaedah ITQAN). Pada awal tahun 2004, seorang pemimpin yang tidak dikenali telah mengunjungi Tn. Hj. Abdullah dan menawarkan “kepakaran” beliau untuk memasarkan produk Annusyrah secara Jualan Langsung. Bersama-sama dengannya beliau turut memperkenalkan seorang “orang suruhan” beliau bagi membantu melicinkan urusan pentadbiran syarikat. Memandangkan Tn. Hj. Abdullah tidak begitu arif dengan selok belok dalam dunia Jualan Langsung tersebut, maka setelah meneliti dan mendalami keseluruhan aspek beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak tersebut.Pada bulan November 2004, Annusyrah Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dan “orang suruhan” berkenaan telah dilantik sebagai Perunding Annusyrah (Marketing) Sdn. Bhd. manakala pemimpin berkenaan bertindak sebagai “networker” untuk memasarkan produk Air Annusyrah ke seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia.Bermulalah detik perkembangan Annusyrah dalam era perniagaan ala Jualan Langsung apabila Annusyrah (Marketing) Sdn. Bhd. menjalankan Sistem Pemasaran dengan konsep keahlian dan imbuhan berdasarkan Jualan Peribadi dan Rangkaian.Pergerakan yang terancang dan usaha yang dibuat oleh mereka ini hanya pada peringkat awal sahaja kerana rupa-rupanya mereka juga mempunyai agenda tersendiri. Tn. Hj. Abdullah dan Annusyrah kini kembali berdiri secara sendiri tanpa “pembantu” tersebut.. Namun dalam diam beliau tetap gagah mengharungi dugaan demi dugaan semata-mata untuk menegakkan syiar Islam dalam mentakzimkan Al_Quran dan Bahasa Arab. Hasrat beliau yang satu dan utama sekarang ini ialah untuk menubuhkan sebuah Yayasan bagi membiayai kegiatan menggerakkan program mentakzimkan Al-Quran dan Bahasa Arab.Produk Annusyrah kini dikelasifikasikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Air Minuman Botani Kuma. Dengan kata lain produk Annusyrah boleh dijadikan “drinking water” ataupun minuman harian bagi mereka yang mampu. Produk Annusyrah boleh diminum tanpa had kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan pengawet dan juga bahan asing. Untuk makluman, air Zaafaran yang asli akan pudar warnanya (bertukar warna daripada warna kuning keemasan kepada warna putih) selepas lebihkurang 2 minggu ianya diproses. Namun apa yang paling penting Air Annusyrah telahpun mendapat pengiktirafan HALAL MALAYSIA daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP).
Oleh itu marilah sama sama kita mengagungkan kalimah Al Al Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment